Cabang logistik AirAsia Digital dan penyedia perkhidmatan kargo penuh, teleport memperkukuh posisinya di rantau ini dengan menawarkan perkhidmatan kargo khusus.<br /><br />Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz berkata, perkhidmatan itu membolehkan pelanggan menempah ruang kargo dengan servis berkualiti tinggi serta mampu memenuhi setiap keperluan penghantaran.
